translate language

Kamis, 24 September 2009

KESEDIHAN NABI KARENA BANYAKNYA WANITA PENGHUNI NERAKA

Tazkirah untuk para ISTERI......
Nabi sedih ramai wanita
penghuni neraka
Rasulullah ceritakan
pengalaman saksi balasan
dahsyat ketika israk mikraj
SAIDINA Ali berkata: "Saya
dengan Fatimah pergi
menghadap Rasulullah SAW.
Kami dapati beliau sedang
menangis, lalu kami bertanya
kepadanya, apakah yang
menyebabkan ayahanda
menangis, ya Rasulullah?"
Baginda SAW menjawab: "Pada
malam aku diisrak hingga ke
langit, di sana aku melihat
perempuan dalam keadaan
amat dahsyat. Dengan sebab
itu aku menangis
mengenangkan azab yang
diterima mereka."
Ali bertanya: "Apakah yang
ayahanda lihat di sana?"
Rasulullah SAW menjawab:
"Aku lihat ada perempuan
digantung rambutnya, otak
kepalanya menggelegak. Aku
lihat perempuan digantung
lidahnya, tangannya diikat ke
belakang dan timah cair di-
curah ke dalam halkumnya
(tekak). "Aku lihat perempuan
yang digantung kedua kakinya
terikat, tangannya diikat ke
ubun-ubunnya, disuakan ular
dan kala. Aku lihat perempuan
yang memakan dagingnya
sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka. Aku
lihat perempuan mukanya
hitam dan memakan tali
perutnya sendiri. "Aku lihat
perempuan yang telinga pekak
dan matanya buta, diisikan ke
dalam peti yang diperbuat
daripada api neraka, otaknya
keluar daripada lubang hidung,
badan bau busuk kerana
penyakit kusta dan sopak.
"Aku lihat perempuan yang
kepalanya seperti babi,
badannya seperti himar
berbagai kesengsaraan
dihadapinya. Aku lihat
perempuan yang rupanya
seperti anjing, kala dan ular
masuk ke kemaluannya, mulut
dan pelepasnya (punggung).
Malaikat memukulnya dengan
corong api neraka." Fatimah
pun bertanya kepada
ayahandanya: "Ayahanda yang
dikasihi, beritakanlah kepada
anakanda, apakah kesalahan
yang dilakukan oleh
perempuan itu?"
Rasulullah menjawab:
"Fatimah, adapun perempuan
tergantung rambutnya itu
adalah perempuan yang tidak
menutup rambut daripada
bukan muhrimnya. Perempuan
tergantung lidahnya ialah
perempuan yang
menggunakan lidahnya untuk
memaki dan menyakiti hati
suaminya. "Perempuan yang
digantung susunya adalah
perempuan yang menyusukan
anak orang lain tanpa
suaminya. Perempuan kedua
kakinya tergantung itu ialah
perempuan yang keluar dari
rumahnya tanpa izin suaminya.
"Perempuan tidak mahu mandi
daripada suci haid nan nifas
ialah perempuan yang
memakan badannya sendiri,
juga kerana ia berhias untuk
lelaki bukan suaminya dan
suka mengumpat orang.
"Perempuan yang memotong
badannya sendiri dengan
gunting api neraka kerana ia
memperkenalkan dirinya
kepada orang asing, bersolek
dan berhias supaya
kecantikannya dilihat lelaki
lain. "Perempuan diikat kedua
kakinya dan tangannya ke atas
ubun-ubunnya, disuakan ular
dan kala kepadanya kerana ia
boleh sembahyang tetapi tidak
mengerjakannya dan tidak
mandi janabah. "Perempuan
kepalanya seperti babi dan
badannya seperti himar ialah
ahli pengumpat dan pendusta.
Perempuan rupanya seperti
anjing ialah perempuan yang
suka membuat fitnah dan
membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud:
"Perempuan menyakit hati
suami dengan lidahnya pada
hari kiamat nanti Allah jadikan
lidahnya sepanjang 70 hasta
kemudian diikat di belakang
tengkoknya." Abu Bakar as-
Sidik mengatakan, aku dengar
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: "Perempuan
menggunakan lidah untuk
menyakiti hati suaminya ia
akan dilaknat dan kemurkaan
Allah." Usamah bin Zaid
menceritakan, bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: "Aku berdiri di
atas syurga, kebanyakan yang
masuk ke dalamnya adalah
golongan miskin dan orang
kaya tertahan di luar pintu
syurga kerana dihisab. Selain
daripada itu ahli neraka
diperintahkan masuk ke dalam
neraka, dan aku berdiri di atas
pintu neraka, ku lihat
kebanyakan yang masuk ke
dalam neraka adalah
perempuan."
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: "Aku lihat api
neraka, tidak pernah aku
melihatnya seperti hari ini,
kerana ada pemandangan
yang dahsyat di dalamnya aku
saksikan kebanyakan ahli
neraka adalah perempuan."
Rasulullah SAW ditanya,
mengapa ya Rasulullah?
Baginda SAW menjawab:
"Perempuan mengkufurkan
suaminya dan mengkufurkan
ihsannya, Jika engkau
membuat baik kepadanya
seberapa banyak pun dia
belum berpuas hati dan
cukup." (Hadis riwayat
Bukhari)
TUJUH SIFAT MANUSIA
PENGHUNI NERAKA
1.kemungkinan dimasukkan
manusia kedalam neraka
seperti rupa babi yang mana
sifat babi itu suka kepada yang
kotor dan busuk.serakah dan
tidak menyukai yang bersih
dan harum.( nafsu khinziriyah)
pembersihnya adalah
makrifatullah
2.Manusia seperti rupa
anjing,karena kelakuan anjing
senantiasa memakan
najis.ingin monopoli.diawaktu
anjing itu kenyang atau
lapar,lidahnya terjulur
keluar.menandakan dia belum
puas.kalau dia makan ekor
digoyangkan ,bìla diusir iapun
lari menggonggong dan
menyalal.ini adalah nafsu
kalbiah (nafsu anjing.)
3.Manusia serupa
srigala.manusia yang selalu
berbuat
aniaya.pemarah,pendorong,tindak
tanduknya hanya berbuat
kebinasaan.(NAFSU SUBU''IAH)
4.Manusia serupa tikus,orang
yang suka mencuri(nafsu
fakriah)
5.Manusia serupa ular dan
kala jengking.yang selalu
menyakiti dan menyengat
(NAFSU HAIYAH WAL
AGRABBA)
6.Manusia serupa merak,orang
yang suka sombong atau
takabur(nafsu Tusiah )
7.Manusia seperti
keledai.manusia yang tidak
mau mempelajari hal hal yang
baik (nafsu himariah) untuk itu
kita harus memperbanyak
zikir.

Tidak ada komentar: